Saturday 12 July 2008

Pelabur Wanita: Menguasai Dunia Kewangan

posted by ASG


Sudah berlalu zaman di mana wanita hanya bergantung kepada lelaki bagi mempunyai masa depan kewangan yang terjamin. Mereka sudah mampu mengurus hal-hal berkaitan wang mereka sendiri tanpa bantuan sesiapa. Wanita dalam setiap posisi kehidupan – bujang, berkahwin, janda, pekerja sepenuh masa, suri rumah – kini memainkan peranan yang penting dalam menguruskan kewangan mereka sendiri dan juga keluarga masing-masing – dan mereka berjaya.


Sudah diketahui ramai bahawa lelaki dan wanita berkomunikasi dalam cara yang berbeza – bahkan mereka bagai datang dari dua planet yang berbeza sebagaimana yang disebut dalam legenda moden – dan ini juga benar dalam aspek pelaburan. Menurut beberapa kajian, wanita sebenarnya adalah pelabur yang lebih baik daripada lelaki. Dalam satu kajian yang dikendalikan oleh Universiti California dalan jangka masa dari tahun 1991 – 1997, portfolio wanita memperoleh 1.4% lebih tinggi daripada portfolio lelaki. Dan wanita bujang memperoleh pulangan sebanyak 2.3% lebih tinggi daripada lelaki bujang. Malah, kajian itu menunjukkan bahawa keseluruhan jumlah pelaburan yang terkumpul bagi wanita mengatasi kaum lelaki sebanyak 4.6%.


Apakah punca yang mendorong kepada fakta yang kurang diketahui ramai ini? Kebiasaannya, tanggapan ramai orang yang melibatkan wang dan pelaburan ialah wanita lebih cenderung untuk menjadi lebih curiga, kurang keyakinan diri, dan membuat keputusan berdasarkan pengalaman peribadi. Ini seterusnya akan mendorong kepada kadar pulangan yang negatif. Namun sebaliknya, wanita kelihatan lebih maju ke depan berbanding lelaki apabila mereka mempergunakan sepenuhnya kelebihan mereka.


Secara keseluruhannya, wanita cenderung untuk mengambil kurang risiko daripada lelaki dalam pelaburan. Kesannya, mereka tidak terlalu kerap meniagakan saham mereka, dan membuat wang simpanan atas kadar yuran transaksi. Wanita juga lebih gemar membuat kajian yang menyeluruh terhadap pilihan pelaburan yang ada berbanding terus memilih saham yang sedang naik di pasaran. Pengalaman peribadi dalam membeli dan kualiti produk juga akan mendorong wanita untuk melabur dalam syarikat tertentu. Sesetengah sifat ini mungkin dianggap negatif, namun faktor ini juga sebaliknya dapat membantu wanita untuk memilih saham atau jenis pelaburan yang lebih stabil dan berjangka panjang.


Corak kesedaran kewangan dan pelaburan bagi kaum wanita telah menunjukkan perubahan mendadak sejak zaman nenek kita, bahkan mungkin sejak zaman ibu kita mula berfikir tentang masa depan kewangan peribadi mereka – itupun jika mereka melakukannya. Secara tradisi, urusan kewangan keluarga berada di tangan lelaki, namun hari ini sudah banyak wanita yang menguasainya.


Menurut Pusat Kajian Wanita Dan Persaraan Keabangsaan, 80 – 90% wanita akan memiliki tanggungjawab peribadi dalam menguruskan kewangan mereka apabila mereka mencecah tempoh usia tertentu. Ini disebabkan oleh kematian suami, perceraian atau keputusan mereka untuk kekal membujang. Sekarang adalah masanya untuk menyediakan diri anda sendiri dan meraih keyakinan terhadap masa depan kewangan anda.


Anda boleh hubungi perunding-perunding kewangan bagi membantu anda ke arah kejayaan matlamat kewangan anda. Pastikan anda bertanya mereka akan hanlangan-halangan yang disebutkan seperti di atas dan apa yang boleh anda lakukan bagi mengurangkan jurang tersebut. Bincanglah tahap kesediaan anda untuk mengambil risiko yang lebih tinggi dan lebih banyak pilihan pelaburan yang stabil. Tetapkan matlamat kewangan yang realistik (menjelaskan hutang, membeli rumah, atau membiayai pengajian) dan tempoh masa, dan dapatkan nasihat daripada perunding kewangan anda dalam mendapatkan cara terbaik bagi mencapai matlamat anda. Ingatlah bahawa pelaburan ialah satu proses jangka panjang dan adalah penting untuk anda meneliti matlamat kewangan setiap tahun, memandangkan matlamat itu mungkin berubah seiring dengan masa.


Anda tidak pernah terlewat untuk bermula menabung dan melabur sekarang. Langkah untuk menyediakan diri anda sekarang akan memudahkan anda untuk mengatasi cabaran kewangan anda pada masa akan datang.

No comments: